Friday, August 22, 2014

kemerdekaan ke 57




KERTAS KERJA

PROGRAM
SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN SEKOLAH KEBANGSAAN BATU 8
2014
 

‘ DI SINI LAHIRNYA SEBUAH CINTA'


Anjuran :

JAWATANKUASA  KOKURIKULUM SK. BATU 8




1.0  PENDAHULUAN

Sambutan hari kemerdekaan merupakan satu acara bagi menaikkan perasaan patriotik dalam kalangan pelajar sekolah. Selain itu, memberi info berkaitan kemerdekaan negara. Sambutan ini diadakan pada setiap tahun di sekolah. Pelbagai aktiviti yang bakal dijalankan bertujuan untuk memberi maklumat kepada pelajar tentang peri pentingnya erti sebuah kemerdekaan kepada negara.




2.0  MATLAMAT

Matlamat program ini dijalankan adalah untuk memberi suntikan semangat cintakan negara. Selain daripada itu dapat menyemai perasaan cintakan kedamaian seperti yang dikecapi sekarang ini.




3.0  MISI

Misi utama diadakan aktiviti ini adalah untuk menerapkan kepada diri pelajar untuk cintakan negara di samping menghayati erti kemerdekaan yang sebenarnya.




4.0 OBJEKTIF

            4.1  Dapat mewujudkan masyarakat berilmu dalam kalangan warga sekolah.
            4.2  Dapat menanamkan semangat cintakan negara.
            4.3  Dapat memupuk semangat kerjasama antara satu sama lain.
            4.4  Dapat memupuk silaturrahim dalam kalangan warga sekolah.




5.0  KUMPULAN SASARAN

Semua murid SK. Batu 8 dan warga sekolah.



6.0  TEMPOH PERLAKSANAAN

17 Ogos 2014 hingga 31 Ogos 2014


7.0  JAWATANKUASA PELAKSANA

Penaung                      -           Tuan Hj. Mohd Fauzi bin Ibrahim
            Pengerusi                     -           En. Sabri bin Abu Bakar
                                                            Guru Penolong Kanan (Kokurikulum)
            Naib pengerusi 1         -           En.Mohamad Amin bin Yusos
                                                            Guru PenolongKanan (Pentadbiran)
            Naib pengerusi 2         -           Pn. Puteri Sarimah bt Kamarrudin
                                                            Guru PenolongKanan (HEM)
            Setiausaha 1                -           Pn. Nor Amiza bt Harun
            Bendahari                    -           Pn. Zailawati bt. Mat Ali

Ahli Jawatankuasa Kecil                 
Juruacara majlis
En.Zulkifli bin Mubakki@Ismail
Bacaan doa
Ustaz Mohd Yusri bin Mohd Isa
Persiapan tempat
En.Rusdi bin Awang Ahmad
En.Zulkhairi bin Abdullah
Pn. Zanariah bt.Rasidi
Pn. Nor Amiza bt Harun
Ustaz Bolia bin Jaafar

Perasmi Sambutan Kemerdekaan
Tuan Hj. Mohd Fauzi bin Ibrahim
Tayangan
En.ZolKeffeli bin Razak
AJK Disiplin/Keselamatan      
En.Rusdi bin Awang Ahmad
Pn. Asmar Dalimi bt. Kamarulzaman

Persembahan
En.Zulkifli bin Mubakki@Ismail
En.Zulkhairi bin Abdullah
Hakim pertandingan Kelas Tema Merdeka
Pn. Delia bt Mohd Ali
Pn. Zailawati bt. Mat Ali

Hakim dan pertandingan melukis dan mewarna mengikut tahap
Pn. Husnun Aqilah bt. Ahmad
Pn. Hana Nasrina bt. Baharudin
Pn. Rohaizad bt. Mahamad
Pn. Najihah bt.Yaakob
Hakim dan Pertandingan Nyanyian Lagu Patriotik
En.Zulkifli bin Mubakki@Ismail
Pn. Mazlina bt Abd Jalil
Pn. Balqis bt. Ahmad

Hadiah
Pn. Aini Amimi bt.Mohd Ghazali
Pn. Shahida bt Ibrahim

Perakam peristiwa
En. Abdul Rahim bin Yusof
Kain rentang
Pn. Asmar Dalimi bt. Kamarulzaman
Siaraya
En.ZolKeffeli bin Razak
Buku program dan dokumentasi
Pn. Anastasia bt.Mudin
Ustaz Mohd Yusri bin Mohd Isa


8.0  ATURCARA PROGRAM
Tempat            : Dewan Tertutup Sekolah
Hari                 : Khamis
Tarikh              : 04 September 2014


11:00 pagi       :
ü  Murid berkumpul di dewan
ü  Nyanyian lagu Negaraku
ü  Ucapan dan bacaan perutusan oleh Guru Besar.
ü  Nyanyian Lagu Tema Kemerdekaan :
-          Malaysiaku Gemilang
-          Perpaduan Teras Kejayaan
-          Lagu Tanggal 31


11:30 pagi       :
ü  Persembahan bacaan sajak kemerdekaan
ü  Pertandingan lagu patriotik (2 lagu )
-          Lagu wajib ( Disini lahirnya sebuah cinta ) dan lagu pilihan

1:00  th            :
ü  Rehat

1:30 ptg           :
ü  Tayangan video 2 : Bukit Kepong



2:30  ptg          :  Bersurai



P/s : Pertandingan mewarna diadakan pada minggu sebelum majlis perayaan.















9.0  PERLAKSANAAN PROGRAM

            9.1  Mengadakan taklimat kepada guru-guru tentang program yang akan dijalankan.
            9.2  Menghebahkan kepada murid-murid tentang program yang akan dijalankan.
            9.3  Program yang dirancang ialah :
·         Bacaan sajak merdeka oleh murid
·         Pertandingan mewarna tahap satu dan dua
·         Nyanyian lagu kemerdekaan
·         Pertandingan lagu patriotik
·         Tayangan filem Bukit Kepong
·         Info kemerdekaan kepada murid



10.0  ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL
PERKARA
KUANTITI
JUMLAH
1
HADIAH KECERIAN KELAS
1 X RM20
RM20.00
2
HADIAH PERTANDINGAN LAGU PATRIOTIK
3 X RM22 (RM10,RM7,RM5)
RM66.00
3
HADIAN PERTANDINGAN MEWARNA TAHAP 1
3 X RM22 (RM10,RM7,RM5)
RM66.00
4
HADIAN PERTANDINGAN MEWARNA TAHAP 1
3 X RM22 (RM10,RM7,RM5)
RM66.00
5
KAIN RENTANG
1 X RM40
RM40.00
6
DOKUMENTASI
RM20
RM20
JUMLAH
RM278.00
           




11.0  PENUTUP

Adalah diharap agar aktiviti yang dirancang akan berjalan lancar di samping mendapat kerjasama dan perhatian semua pihak utnuk memastikan program yang dirancang berjalan seperti yang dirancang.



 



Anjuran bersama:

Panatia pendidikan sivik dan kewarganegaraan
Panitia Pendidikan Muzik
Panitia Pendidikan Kajian Tempatan
Panitia Pendidikan Seni Visual

Terima kasih kepada pihak yang terlibat
Sama Ada secara langsung atau tidak langsung.
Semoga program yang dirancang
Dapat dilaksanakan dengan baik.




Disediakanoleh:

Pn. Nor Amiza bt Harun
Setiausaha Sambutan
Hari Kemerdekaan
SK. Batu 8,
08200 Sik, Kedah DarulAman


…………………………..



Disemakoleh:

En. Sabri bin Abu Bakar
Penolong Kanan Kokurikulum
SK. Batu 8,
08200 Sik, Kedah DarulAman


…………………………..



Diluluskanoleh;

Tuan Hj. Mohd Fauzi bin Ibrahim
Guru Besar
SK. Batu 8,
08200 Sik, Kedah Darul Aman


…………………………..



Sunday, July 20, 2014

puisi dari nana


SMKS DAN SEBATANG PENA

SMKS dan sebatang pena ini…
Adalah wadah menjadi mimpi indah seorang pujangga
Aku seorang yang singgah sebagai penghuninya
Nekad dengan berani dalam tawakal
Memunggah serambi harapan menjadi impian
Memungut buih-buih kejelasan yang bertaburan
Di sini….
Sebuah gedung ilmu terpancar bersinar
Mengalir tanpa jemu ruang-ruang kesempatan
Wangian kasih pendita terus menghujani
Menyentuh nurani suci
Menarikan pena-pena ini dititian warna pelangi
Di sini…
Aku bernaung teduh dalam gelisah seorang ayah
Tegar berpaut pada dasar kolam resah seorang ibu
Biar payah aku rela terselimut bersama perit lelah itu
Walau keringat tersejat…
Meskipun rebah… pasti ku bangkit menolak lesu
Janji pada kata yang meniti pada bibir
Adalah sebuah kota yang terbina….
Di sini…
Aku mampu menjenguk jauh dari kotak jendela yang menghimpit
Melontar kedaifan sendiri….
Menyentuh dan mengusap segala rasa…
Meneroka warna-warna alam
Menyusun manik-manik ilmuan menjadi titian
SMKS…..
Medanmu tak mungkin bersempadan
Dan Pena ini….
Adalah nafas yang sentiasa menghela
Hidup bersama kegemilangan


Nukilan : Nur liyana bt Sabri

Wednesday, March 26, 2014

Konvo 2012


 MH370

Saudaraku...
Andai benar kau telah pergi jauh
dan....
Tak lagi mampu disentuh
Hamparkan sejadah solatmu
Berteduhlah di bawah redho
Tibarlah doa biar dalam lesu
Sejahteralah di SANA...


Friday, October 4, 2013

puisi merdeka




SUMPAH ANAK MERDEKA

Aku anak merdeka
Bangkit dari persada luka
Berdiri megah di pentas wira
Inginku tebus maruah bangsa
Aku anak merdeka
Terjaga dari ranjang kecewa
Berpaksi gagah di panggung perkasa
Ingin ku bela nasib bangsa
Aku anak merdeka
Harapan nusa dan bangsa
Akan kutentang petualang negara
Yang tegar membuat angkara
Aku anak merdeka
Di hati semangat waja
Di dada penuh satria
Ini Tuah akan membela
Untuk kubalut luka lama

Serunai Faqir
Wangsa Maju



PADA TANAH MERDEKA INI

Kami kenal tanah ini
selutnya pernah berbaur
hanyar darah yang tumpah
daripada liang derita para pejuang
lumpurnya pernah tersimbah
daripada batang tumbuh para pahlawan
relung tanah ini pernah bergegar
dek jerit pekik pejuang kemerdekaan
yang mencari benih kebebasan
dadanya pernah mengambus
kujuran kaku anak nusa
yang bangkit membina benteng
bersama keris dan tombahk bersahaja
menyambung nyawa – demi tanah ini
tidak diragut ganas.
Pada tanah merdeka ini
telah tumbuh rimba kemajuan
dan manusia kian lupa asal diri – lalu
api nasionalisme yang lantang bertiup
sejak berdekad lalu kini terpaksa
menunggu sepi mentari Ogos
untuk bernyala kembali
yang membelah relung tanah ini dahulu
kini kian lenyap ditawan arus duniawi
erti kemerdekaan kian kabur
dalam mata fikir anak-anak kini.
Namun kami tetap bersyukurkerana dengan korban suci


Nukilan:
Wan Muhamad Shukri Wan Abd Rahman

UNTUK BANGSA MERDEKA

Untuk sebuah bangsa merdeka
jauhlah daripada rendah diri dan hipokrasi
mimpi malam kolonialisme yang ngeri
keluh-kesah hak asasi
menghilang identiti diri.
Untuk sebuah bangsa merdeka
luas dalam horizon perjuangan
tiada lupa akar bangsa
serta sejarah yang mengalurkan nama megahnya
tiada lupa tentang jerit bahasa.
Untuk sebuah bangsa merdeka
teruslah bergelut dengan dilema yang mengganggu citra unggul
semakin kuat ditekan makin kemas berpegang kepada ikatan
bukan nama simbol keris merdeka
tapi semangatnya menjadi tajam hingga akhirnya.
Seperti sebuah jarak padang terbuka
tetap berani dengan kewujudan dirinya
seorang yang memahami tangis bangsa
monolog pada dirinya sendiri
bersyukur kepada hari-hari lalunya.


CINTA WAJA WARGA MERDEKA

Dengan zikir kasih kami bukakan singgahsana
menjulang jalur gemilang bersama sejarah
Yang tertarik ceritera luka bersama air mata
dari simbahan maruah moyang berzaman
inilah bisikan cinta kami
istana kasih yang kukuh
merangkul mesra di persada visi
menganyam janji pada diri.
Meski telah kami punahkan sejarah berdarah
dalam zikir kasih menyusur perjuangan
namun segala yang pernah musnah
membangkitkan urat nadi pembela pertiwi
menjujnjung martabat bangsa bermaruah
kerana, kamilah warisan turun temurun
memadu sumpah buat dititipkan
pada seluruh cakerawala setia
- akan kami laungkan keamanan
- akan kami nyanyikan semangat merdeka.
Di maya ini, kami tafsir segala peradaban
menyirami kuntum perkasihan di laman
telah kami baja keakraban pengalaman
musteru ngeri luka silam masih mengimbau
menggamit sejuta pesona waspada
akan kami tangkis durjana menepis
mengikis tapak sengsara di mata
di sini, kamilah anak merdekamelangkah maju tidak gementar
membentuk wawasan tidak gegar.
Demi cinta bersemi ketamadunan hakiki
melaut kasih pada keharmonian
kamilah pejuang pembangunan abadi
akan kami cincang cabaran merentang
akan kami tentang jejak melentang
kamilah pewaris menunjang pedang kerukunan
dengan benteng sejuta pagar keamanan
akan kami wangikan seluruh maya
menabur bunga bijaksana bangsa
atas gemala cita menyatu sejahtera
tidak akan rebah dimamah sejarah
tidak akan goyah dipatah dugaan
kami abadikan seluruh degup jantung
membina cinta waja dalam sumpah
- kami anak merdeka
ada misi membentuk kemenangan
ada visi membentuk kemahuan.

Karya: Sabariah Bahari
MOHD FADZIL YUSOF

AKSARA MERDEKA

Setelah sekian lama kita menyusun dan mewarnakan
aksara merdeka,kenapa masih ada lagi
warga tanah bersejarah ini
yang kenal huruf tetapi terlupa maknanya
yang kenal angka tetapi terlupa nilainya
yang kenal bunyi tetapi terlupa nadanya
yang kenal rentak tetapi terlupa geraknya
yang kenal lagu tetapi terlupa iramanya
yang kenal akhir tetapi terlupa awalnya.
Setelah sekian lama kita membaca dan menghafal
aksara merdeka,kenapa masih ada lagi
warga tanah tercinta ini
yang cerah mata tetapi gelap hati
yang cerdik minda tetapi dungu peribadi
yang cantik bahasa tetapi buruk sikap
yang lembut budi tetapi keras lagak
yang merdu suara tetapi sumbang bicara.
Setelah sekian lama kita mencatat dan merakam
aksara merdeka,kenapa masih ada lagi
warga tanah pusaka ini
yang impikan kemajuan tetapi menolak teknologi
yang impikan kemakmuran tetapi membelakangkan ekonomi
yang impikan kesejahteraan tetapi mencetuskan pergolakan
yang impikan kegemilangan tetapi meremehkan wawasan.
Setelah sekian lama kita menganalisis dan mentafsir
aksara merdeka,kenapa masih ada lagiwarga tanah bertuah ini
yang terlepas kaki tetapi terikat tangan
yang terlepas mata tetapi terikat jiwa
yang terlepas fakir tetapi terikat cita-cita.
Setelah sekian lama kita menjulang dan memarbatkan
aksara merdeka,kenapa masih ada lagi
warga tanah bertuah ini
yang kasihkan bangsa tetapi bencikan pemimpin
yang cintakan agama tetapi menyelewengkan fatwa.
Setelah sekian lama menghargai dan menghormati
aksara merdeka,kenapa masih ada lagi
warga tanah berdaulat ini
yang menanam bunga tetapi menabur duri.

Karya: Wadi Leta S.A


NEGERI INI, ANAK

Negeri ini, anak adalah tanah hijau penuh mahsul
terlalu pemurah dan saksama pada tiap warga yang berjasa
yang rela memberikan keringat serta setia untuk bumi tercintanya.
Usah kau persoalkan tentang derita milik siapa di negeri kaya
dan kesuraman sekejap siapa pula menjadi dalang
kalau tiba-tiba terdengar laungan dari bukit penuh gelap
itu hanyalah lolongan sang pertapa yang lemas ditikam bayang!
Negeri ini, adalah tanah luas sesayup pandangan
yang telah melahirkan ribuan pahlawan.
Rela memilih terbuang dari berputih mata,
kerana baginya, mati itu cuma sekali dan
tidak harus sia-sia.
Mereka tidak rela ini negeri tercinta
jadi kuda tunggangan atau dipekosa warga tidak bernama.
Meski darah dan tulang jadi gantian.
Kerana baginya:
negeri adalah tanah
adalah air,
adalah api,
adalah angin.
Adalah maruah,
adalah permai,
adalah berani,
adalah susila.
Adalah segala-galanya. Dan hari ini, kata keramat itu dilaungkan.
Tanpa mengira kulit atau warna,
tampuk atau asal, percaya atau agama:
MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!
Di negeri ini anak,
mari kita hidup tanpa curiga atau rasa berbeza.
Siapa di sini adalah warganya,
kerana meski putih atau hitam, darahnya tetap merah.
Darahnya tetap merah.
Usah dilebarkan jurang atau mencipta kelam.
Mari kita dirikan harapan dan teguhkan kesetiaan.

Marsli N.O
17 Jun – Julai 1988
Dari antologi: Di Atas Mimbar Merdeka, terbitan DBP 19