Wednesday, August 22, 2012

Langkah tidak akan berpatah arah....biar berpeluh menggamit rindu... Al-Fatihah ....

Dulu n Sekarang

dulu ....la-la niiii....
la-la ni...

Guru Sebagai Satu Profesion

GURU SEBAGAI SATU PROFESION Pendahuluan (Konsep Profesion) Dalam mencapai misi Nasional, Pendidikan adalah merupakan salah satu faktor penting bagi tujuan tersebut. Bagi menjayakan misi dalam memertabatkan profesion keguruan, guru adalah merupakan tunjang sebagai penjana dan pencetus bagi merealisasikan matlamat tersebut. Menurut Kamus Dewan (1970), ‘guru’ bererti pendidik, pengajar dan pengasuh. Jika dihuraikan dengan lebih mendalam lagi, pendidik bermaksud orang yang memelihara dan melatih. Pengajar ialah seorang yang menjadi petunjuk kepada orang lain, manakala pengasuh memberi makna orang yang memelihara, menjaga dan mendidik. Manakala keguruan ialah sesuatu yang mempunyai perkaitan dengan bidang menuntut ilmu atau tempat mendapatkan ilmu seperti sekolah, tempat belajar, pengajaran dan pembelajaran dan sebarang perkara yang mempunyai perkaitan dengan guru. Berdasarkan ciri-ciri profesion, Mok Soon Sang (1996) merumuskan secara ringkas konsep profesionalisme sebagai suatu pekerjaan yang khusus dan dijalankan oleh orang yang mempunyai kelulusan dan latihan iktisas yang cukup bermutu . Untuk menjadi seorang yang profesional haruslah bersikap jujur, dedikasi, bertanggungjawab dan bermoral tinggi serta mempunyai outonomi bertugas dengan mematuhi kod etika yang ditentukan oleh organisasinya. Etika profesion perguruan adalah merupakan satu set tingkahlaku atau tanggungjawab guru terhadap masyarakat dan negara, pelajar, rakan sejawat dan ibu bapa. Garis panduan etika ini bertujuan menjadikan bidang perguruan sebagai satu kerjaya yang professional yang disanjung dan dihormati oleh masyarakat. Setiap warga pendidik wajar mengikuti dan mentaati nilai-nilai asas etika dalam menjalankan tugas sebagai pendidik. Oleh itu, Kementerian Pelajaran telah berusaha memperkenalkan dasar-dasar dan garis panduan sejak dahulu lagi untuk menjadikan dan memartabatkan profesion perguruan sebagi satu bidang profesional. Untuk itu, Laporan Suruhanjaya DiRaja Mengenai Perkhidmatan Perguruan Malaysia Barat(Laporan Aziz, 1971), telah mencadangkan supaya diadakan Etika Profesion Perguruan(EPP) bagi Pembentukan Tatasusila Guru). Seterusnya , keguruan adalah merupakan satu profesion yang telah menjadi satu konsep yang amat penting dan menekankan kepada ciri-ciri tertentu seperti : 1. Perkhidmatan yang unik dan penting 2. Banyak menggunakan keupayaan. 3. Mendapat latihan yang khusus. 4. Mempunyai autonomi semasa menjalankan tugas. 5. Mementingkan mutu perkhidmatan serta dedikasi terhadap kerja. 6. Merupakan ahli kepada autonomi yang menentukan nilai taranya. 7. Bertanggungjawab terhadap semua keputusan yang dibuat. Maka adalah amat jelas maksud profesion adalah merupakan sesuatu perkerjaan yang dilaksanakan secara khusus oleh seseorang yang mempunyai kelulusan dan latihan ikhtisas yang cukup bermutu, amanah, penyayang, jujur, berdedikasi, bertanggungjawab dan bermoral tinggi serta mematuhi kod etika yang ditetapkan oleh sesebuah organisasi. Profesion adalah merupakan perkhidmatan yang unik dan penting seperti. Proffesion juga bayak menggunakan keupayaan dan mendapatkan laithan khusus supaya pihak yang dilatih mempunyai outonomi semasa menjalan tugas. Terdapat berbagai-bagai bidang profesion di negara kita seperti khidmat guaman, perubatan, akauntan, perniagaan, kaunseling dan lain-lain lagi. Dalam bidang profesion juga mementingkan mutu perkhidmatan serta dedikasi terhadap kerja .Malah, profesion juga merupakan ahli kepada autonomi yang menentukan nilai antaranya dan bertanggungjawab terhadap semua keputusan yang dibuatnya. Dalam kontek pendidikan guru, telah dijelaskan melalui kamus dewan (1989), adalah diertikan sebagai pengajaran, misalnya perguruan kepada guru pelatih, murid,dan sebagainya. Manakala keguruan pula telah ditakrifkan sebagai perkara yang berkaitan dengan guru iaitu yang merangkumi peranan, tugas, dan kelayakan sebagai guru serta . Profesion keguruan adalah merupakan salah satu pekerjaan yang membawa bersama tanggungjawab, integriti dan akauntabiliti terhadap masyarakat. Sebagai contoh masyarakat menyanjung sifat-sifat keguruan iaitu peranan serta tugas guru yang luhur. Konsep guru sebagai satu profesion boleh ditakrifkan sebagai satu skop pengajaran yang memerlukan pendidikan dan pengetahuan yang tinggi dan mendapat latihan khas misalnya latihan yang dijalankan di maktab-maktab perguruan. Manakala,profesion keguruan merupakan satu pekerjaan yang berkaitan dengan peranan,tanggungjawab, sifat dan kualiti guru. Adakah keguruan sebagai satu profesion atau bukan profesion? Dalam mempersoalkan perkara tersebut, terdapat perbezaan penerangan di antara kedua-duanya. Perguruan menurut Kamus Dewan (1989), adalah diertikan sebagai PENGAJARAN, misalnya perguruan kepada guru-pelatih, murid dan sebagainya. Manakala perkataan keguruan boleh diertikan sebagai PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN GURU, iaitu yang berkaitan dengan peranan, tugas dan kelayakan sebgai seorang guru. Maka, profesion perguruan adalah sebagai satu perkerjaan pengajaran yang memerlukan kepakaran dan pelajaran yang tinggi dan latihan khas. Profesion keguruan pula merupakan satu pekerjaan yang membawa bersama tanggungjawab, integriti dan akauntabiliti terhadap masyarakat. Keguruan sebagai satu profesion. 1. Mempunyai latihan ikhtisas dalam latihan keguruan. 2. Mempunyai autonomi menentukan kaedah-kaedah mengajar dalam bilik darjah. 3. Menjadi ahli kesatuan yang menentukan kod etika sebagai panduan guru dalam segala aktiviti. 4. Pekerjaannya merupakan perkhidmatan yang penting kepada individu dan negara. 5. Guru digolongkan sebagai pakar dalam pendidikan. Keguruan dalam konsep bukan profesional 1. Perkerjaan guru tidak terhad kepada guru terlatih sahaja. Orang yang tidak mempunyai latihan ikhtisas dalam bidang perguruan juga boleh digelar sebagai guru, selagi dia menjalankan tugas mengajar. Selain itu, seseorang itu tidak semestinya peroleh ilmu pengetahuan daripada buku sahaja, tetapi juga daripada telivisyen, majalah, buku dan sebagainya. 2. Kemasukan ahli dalam profesion keguruan tidak sukar dan tidak banyak persaingan. 3. Autonomi seseorang guru adalah terhad. Kebanyakan keputusan tidak boleh dibuat oleh pentadbir sekolah. 4. Kesatuan guru tidak mempunyai kuasa untuk memecat guru daripada mengajar di sekolah jika guru itu tidak mematuhi kod etika yang ditentukan oleh kesatuannya. 5. Bukan semua guru diwajibkan menjadi ahli dalam kesatuan guru. Tambahan pula, terdapat banyak kesatuan guru yang mempunyai matlamat penbuhan mereka yang berbeza. Kepentingan Kod Etika Perguruan Malaysia Perkara utama yang perlu dilaksanakan ialah guru itu harus memahami konsep sebenar kod etika keguruan. Kod etika menyediakan garis panduan bagaimana tingkah laku dalam profesion perguruan sesuai untuk dirujuk dan diamalkan oleh guru . Kod Etika Perguruan menyatakan dengan jelas tentang tanggungjawab guru sebagai pemegang amanah dalam bidang pendidikan. Kod Etika ini digubal dalam bentuk dokumen, supaya usaha untuk menyemak semula kod ini dapat dilakukan. Bagi memartabatkan profesion keguruan, guru adalah subjek utama yang akan menyumbang ke arah pencapaian matlamat ini. Setiap organisasi kerajaan ataupun swasta mempunyai kod etika yang tersendiri untuk membentuk ahlinya ke arah yang dikehendaki. Bagi seorang guru yang telah memilih pekerjaan ini sebagai profesion dalam hidupnya juga tidak terlepas dengan kod etika keguruan. Kod etika keguruan adalah bertujuan untuk menjaga status, akhlak dan maruah dalam profesionnya. Menurut Dewan Bahasa & Pustaka, 1995 bahawa etika merupakan satu sistem dasar akhlak, adat atau tingkah laku atau kesusilaan. Manakala dalam Kamus Oxford, 1994 pula didapati etika diertikan sebagai prinsip moral atau set prinsip moral. Moral menurut Keith(2006) pula merujuk` to that part of human behavior that can be evaluated in terms of right or wrong’. Menurut The Oxford School Dictionary(1994), Science of Morals pula`Morals itself is defined as concerned with goodness or badness of character or disposition or with the distinction between right or wrong’. Oleh itu, etika dan moral mempunyai perkaitan yang sangat rapat dan berkaitan antara satu sama lain memandangkan kedua-duanya mempunyai pengertian yang hampir sama. Akan tetapi perbezaannya hanyalah berkaitan situasi tempat seseorang itu berada dan bekerja. Etika lebih sesesuai dan tepat bagi kegiatan dan tingkahlaku seseorang terhadap profesion yang diceburi, manakala moral pula berkaitan kehidupan seseorang secara umum. Etika profesion perguruan adalah merupakan satu set tingkah laku atau tanggungjawab guru terhadap masyarakat dan negara, pelajar, rakan sejawat dan ibu bapa. Garis panduan etika ini bertujuan menjadikan bidang perguruan sebagai satu kerjaya yang professional yang disanjung dan dihormati oleh masyarakat. Setiap warga pendidik wajar mengikuti dan mentaati nilai-nilai asas etika dalam menjalankan tugas sebagai pendidik. Oleh itu, Kementerian Pelajaran telah berusaha memperkenalkan dasar-dasar dan garis panduan sejak dahulu lagi untuk menjadikan dan memartabatkan profesion perguruan sebagi satu bidang profesional. Untuk itu, Laporan Suruhanjaya DiRaja Mengenai Perkhidmatan Perguruan Malaysia Barat(Laporan Aziz, 1971), telah mencadangkan supaya diadakan Etika Profesion Perguruan(EPP) bagi Pembentukan Tatasusila Guru). Menyedari betapa besarnya peranan dan tanggungjawab segai seorang guru dalam bidang pelajaran dengan usaha menuju ke arah pembentukan warganegara yang berilmu, yang taat setia, yang bertanggungjawab dan berkebolehan, yang menyedari betapa pentingnya usaha menuju kearah kebenaran dan ke arah pencapaian hasrat yang gemilang dan yang percaya demokrasi, kebebasan perseorangan dan prinsip-prinsip rukunegara sesorang guru sewajarnya menghayati dan memahami betapa besarnya tanggungjawab yang diamanahkan kepada mereka. Semua garis panduan yang bertujuan meningkatkan tahap kualiti, produktiviti dan disiplin dalam perkhidmatan dengan memberi penekanan terhadap semua aspek yang berkaitan dengan peraturan dan peradaban, peranan nilai, serta tingkah laku profesion dalam masyarakat. Skop Etika Perguruan (ETP) dibentuk untuk meningkatkan profesionalisme keguruaan yang didasari kepada : 1. Mencakupi sebahagian besar kehidupan ahli profesional kecuali hal-hal yang benar-benar peribadi seperti mencuci kereta, menanam bunga dan lain-lain. 2. Dalam Islam, etika ialah akhlak yang diamalkan oleh manusia yang bertakwa dalam keseluruhan hidupnya. 3. Etika Perguruan bermaksud satu tingkah laku atau tanggungjawab guru terhadap masyarakat , negara, pelajar, rakan sejawat dan ibu bapa pelajar. Etika Profesion Perguruan telah dibentuk dengan menggariskan empat tanggungjawab yang perlu diikuti oleh seseorang guru. Pertama sekali adakah tanggungjawab terhadap pelajar. Pihak guru harus mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar kami daripada hal-hal lain. Mereka juga perlu bersikap adil terhadap setiap orang pelajar tanpa mengira faktor-faktor jasmani, mental,emosi, politik, ekonomi, sosial, keturunan atau agama. Untuk melindungi kepentingan murid,merahsiakan maklumat ikhtisasatau sulit mengenai pelajar kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya. Peranan guru adalah membimbing atau mengajar seseorang pelajar dalam darjah sendiri atau dalam mata pelajaran yang diajar di bilik darjah tanpa sebarang bayaran. Sebagai teladan , pihak guru perlu menunjukkan suatu cara pakaian, pertuturan dan tingkah laku yang dapat memberikan contoh yang baik kepada pelajar. Sebagai seorang guru juga harus memelihara dan membaiki kecekapan ikhtisas, persidangan, mesyuarat atau seminar supaya pengajaran mencapai mutu yang setinggi-tingginya. Seterusnya kod etika perguruan yang kedua adalah berkaitan tanggungjawab guru terhadap ibubapa. Sebagai seorang guru yang profesion harus berusaha mewujudkan hubungan yang mesra terutama di antara ibu bapa serta sentiasa memberi kerjasama yang erat di antara institusi pendidikan dengan menghormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak-anak mereka. Selain itu,pihak guru perlu menganggap semua maklumat yang diberikan kepada ibu bapa berhubung dengan keadaan rumah tangga atau berkaitan dengan anak mereka sebagai sulit dan tidak akan membocorkan kepada sesiapa. Jika perlu , guru akan memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka dan mengutamakan maklumat yang diterima daripada ibu bapa secara teliti dan bijaksana. Manakala guru juga harus mengelakkan diri daripada menggunakan atau dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan ekonomi ibu bapa pelajar serta mengelakkan diri daripada mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan kepercayaan pelajar terhadap ibu bapa. Selain itu kod etika perguruan yang ketiga adalah berkaitan tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara. Guru sebagai seorang guru yang profesion , guru harus memupuk dalam diri setiap pelajar sikap dan nilai yang boleh membantu dan membimbing mereka untuk menjadi warganegara yang taat setia, bertanggungjawab dan berguna, menghormati orang-orang yang lebih tua dan menghormati adanya perbezaan kebudayaan, keturunan, dan agama serta mengelakkan diri daripada menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat, negara ataupun yang bertentangan dengan Rukun Negara. Untuk menjadi seorang guru yang cemerlang , guru perlulah memupuk dalam diri setiap pelajar sikap dan nilai yang dapat membantu, dan sentiasa memberi sumbangan cergas untuk meninggikan moral kehidupan dan kecendiakiawan masyarakat. Di samping itu semua guru harus berpengang kepada tingkah laku yang sopan yang diterima oleh masyarakat serta menggalakkan kerjasama dan kesefahaman di antara komoniti setempat dan menjalani kehidupan yang baik dalam rutin kehidupannya. IMPLIKASI KOD ETIKA PERGURUAN MALAYSIA KEPADA AKAUNTABILITI GURU Definisi Akauntabiliti Melalui Dewan Bahasa dan Pustakan, akuantabiliti adalah disimpulkan adalah merupakan satu dasar akhlak, adat atau tingkah laku atau kesusilaan .Sementara kamus dewan edisi keempat pula menyatakan, akauntabiliti bermaksud sifat bertanggungjawab kepada seseorang atau terhadap suatu tindakan, keputusan dan sebagainya serta bersedia memberikan penjelasan, justifikasi yang diperlukan. Sebagai contoh, seorang guru mengutip yuran daripada pelajarnya perlu menjelaskan butiran-butiran yang hendak dikutip dengan jelas kepada pelajar. Sebagai seorang guru yang berkualiti mestilah mempunyai ciri-ciri akauntabiliti yang tinggi supaya dapat membina generasi baru yang berguna dan berwibawa. Dengan ini barulah bidang perguruan dapat membantu atas perkembangan negara. Akauntabiliti adalah satu proses mendatangkan keputusan maksimum. Akauntabiliti pendidikan bermakna sistem pendidikan yang dibentuk adalah bertanggungjawab untuk mencapai objektif-objektif pendidikan. Secara lebih luas lagi, akauntabiliti merupakan satu laporan umum oleh satu kumpulan pemeriksa bebas tentang pencapaian pelajar yang diharapkan bagi sesuatu perbelanjaanwang atau penggunaan sumber. Akauantabiliti bermaksud maklum balas dan merupakan keuntungan pelajar secara berseorangan.Sekolah sepatutnya mempunyai intensif untuk membolehkan setiap pelajar mencapai kejayaan dan pelajar berhak menuntut ganti rugi jika pihak sekolahgagal. Tujuannya ialah mengekal dan memajukan sistem pendidikan dan menyediakan maklumat untuk menunjukkanusaha. Implikasinya Terhadap Akauntabilti Guru a) Akauntabiliti terhadap diri sendiri Seorang guru haruslah menjaga kebersihan dan kesihatan dirinya agar dapat menjalankan tugas sebagai pendidik dengan sempurna. Emosi hendaklah di kawal oleh guru sendiri dan juga perlu menghindarkan diri dari sebarang ketegangan jiwa yang boleh mengganggu tugasnya. Di samping itu, guru-guru juga akan mempunyai sikap yang positif terhadap profesionnya. Guru harus mementingkan kebajikan pelajar daripada perkara lain. Guru perlu memberi tumpuan kepada pelajar yang lemah, menyediakan tugasan yang lebih mencabar kepada pelajar yang cemerlang supaya mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran. Guru bersikap adil. Guru membantu pelajar-pelajarnya tanpa mengira kaum, bangsa, status sosio ekonomi. Guru juga harus mempunyai sikap yang tegas dengan memberi hukuman atau ganjaran dengan sesuai. Yang penting, guru harus mempunyai tingkah laku yang sesuai. Antara tingkah laku yang sesuai ialah bertatasusila, ada perasaan belas kasihan, sabar, jujur, bersih dan menepati masa dan sebagainya. Dengan ini, barulah guru dapat menjadi teladan baik yang dapat dipelajari oleh pelajar-pelajarnya. Sebagai seorang guru, guru hendaklah bijak menguruskan kewangan dengan bijaksana dan mengimbangi pendapatan dengan perbelanjaan. Ini adalah kerana jika guru gagal menguruskan kewangan maka guru akan menghadapi masaalah luaran yang boleh menjejaskan tumpuannya terhadap proses pengajaran di sekolah. Guru juga di galakkan melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan. dan peka terhadap peristiwa di sekeliling melalui media massa atau elektronik supaya mudah memberikan imput yang berguna terhadap profesionnya. Guru juga boleh melibatkan diri dalam sesuatu hobi dan aktiviti berfaedah di masa lapang yang boleh menjadikan guru itu sihat dari segi mental dan fizikal. Di samping itu juga, sebagai seorang guru haruslah menunjukkan teladan yang baik kepada pelajarnya. Oleh itu, melalui kod etika, guru akan berusaha meningkatkan pengetahuan diri. Guru harus menguasai subjek yang diajar degan mendalam dan mahir. Pengajaran tidak dapat diasingkan daripada pembelajaran. Guru harus belajar tentang bidang pengajarannya dengan lebih mendalam pada setiap masa. Melalui kod etika tersebut guru akan mempunyai pengetahuan tentang kanak-kanak. Guru akan mempunyai pengetahuan psikologi tentang kanak-kanak, iaitu tingkah laku, minat, bakat, minat-minat dan keperluan kanak-kanak. Selain daripada itu, guru juga harus mempunyai pelbagai kemahiran yang tertentu. Antaranya ialah kemahiran unutk menyampaikan pengajaran yang berkesan, kemahiran mengemukakan soalan, menggunakan contoh-contoh, kemahiran menyediakan soalan-solan yang baik, kemahiran melibatkan semua pelajar dalam pelajaran, kemahiran pengurusan bilik, kemahiran mengawal disiplin pelajar dan sebagainya. Pelbagai kemahiran patut dimiliki oleh gurusupaya pelajar-pelajarnya dapat mengaplikasikan kemahiran mengguna, menganalisis, membuat sintesis serta penilaian, aktiviti pengajaran dapat dijalankan dengan lancar, pelajar-pelajarnya dapat menyerap ilmu pengetahuan dengan berkesan dan dengan cara yang menarik. Hal ini disebabkan guru dapat memahami kebolehan dan minat setiap pelajarnya supaya guru dapat menyediakan aktiviti-aktiviti yang sesuai bagi setiap pelajar mengikuti tahap yang berbeza. Oleh itu, pelajar dapat menjalankan sesuatu aktiviti dengan menarik dan dapat menikmati kejayaannya. Selain itu, melalui Guru perlu mempunyai pengetahuan tentang mata pelajaran yang diajar dan kaedah mengajar yang sesuai supaya pelajarnya boleh mendapat ilmu pengetahuan dengan berkesan. Setiap matapelajaran mempunyai kaedah mengajar yang berbeza. Kaedah mengajar yang berkesan akan mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran di samping pelajar yang lemah juga mendapat manfaatnya dan guru juga perlu mengambilkira keperluan-keperluan pelajar yang cerdas supaya mereka tidak berasa bosan. Sebagai seorang guru yang professional perlu memiliki kefahaman yang mendalam tentang tugasnya. Guru perlu mempunyai kefahaman terhadap pelajar-pelajarnya, kefahaman tentang mata pelajaran yang diajar serta kefahaman terhadap diri sendiri. Guru mempunyai kefahaman yang mendalam tentang tugasnya supaya proses pengajaran dapat dijalan dengan lancar,berupaya meneliti sesuatu konsep dari suatu perspektif yang lebh luas danmengawal emosi sendiri dengan baik. b) Akauntabiliti Terhadap Pelajar Guru bertanggungjawab melengkapi pelajar-pelajarnya dengan pelbagai ilmu pengetahuan supaya mereka dapat lulus dalam peperiksaan di samping memperkembangkan diri sendiri dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dengan sempurna. Guru juga bertanggungjawab menwujudkan suasana emosi bilik darjah yang tenang supaya pelajarnya dapat kestabilan emosi. Sebagai seorang guru yang professional, akauntabiliti terhadap pelajar ialah lebih mementingkan kebajikan pelajarnya daripada hal-hal lain. Pembentukan akhlak pelajar yang baik merupakan tanggungjawab seorang guru. Penerapan nilai-nilai murni dan pendidikan agama dapat meninggikan taraf akhlak pelajarnya. Guru juga perlu melatih pelajarnya dapat bersosialisasi dengan baik supaya pelajarnya dapat berkomunikasi dengan orang lain dengan baik. Perkara ini dapat dilatih melalui aktiviti-aktiviti kokurikulum di dalam sekolah dengan menyertai persatuan, unit-unit beruniform dan sukan. Maka aktiviti kumpulan di dalam kelas juga dapat membantu pelajar meningkatkan sosialisasi pelajarnya. c) Akauntabiliti Terhadap Ibu Bapa Sebagai ibu bapa, mereka pasti mengharapkan anak-anak mereka mendapat keputusan yang baik dalam akademik. Oleh itu, mereka akan menginginkan guru-guru anak mereka dapat meningkatkan prestasi akademi anak-anaknya. Ibubapa mengharapkan nilai-nilai murni dapat diterapkan semasa mereka belajar didalam kelas sepanjang masa. Apabila anak-anak mereka besar nanti akan menjadi seorang yang bertanggungjawab, berinisiatif, proaktif serta bersedia untuk menghadapi segala cabaran hidup. Selain itu, ibu bapa juga mengharapkan guru dapat membantu anak-anak mereka membina kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, kemahiran membaca pantas serta mencari dan memilih maklumat, patriotik, kemahiran tentang bidang teknologi maklumat serta kemahiran dari aspek interpersonal supaya pelajar dapat membuat keputusan dengan bijak serta intrapersonal supaya pelajar dapat mengawal emosinya dengan baik. Di samping itu, ibu bapa mengharapkan guru dapat menjadi kaunselor anak-anaknya. Untuk itu seorang guru haruslah menjalankan tugasnya dengan penuh dedikasi di bilik darjah termasuk mematuhi masa dalam jadual waktu serta melaksanakan pengajaran dan pembelajaran mengikut kaedah dan teknik yang berkesan. Bagi pelajar yang lebih lemah, guru harus lebih memberi tumpuan kepadanya supaya mereka dapat menguasai konsep-konsep yang ingin disampaikan. Bagi pelajar yang cemerlang juga perlu diberi perhatian. Merekaperlu diberi latihan yang lebih mencabar supaya tidak berasa bosan terhadap akademik. Ibu bapa juga mengharapkan anak mereka bersopan-santun. Guru perlu mengendalikan masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar-pelajar kepada ibu bapanya. Misalnya masalah berbentuk akademik, sosio emosi dan sebagainya. Guru harus membudayakan seluruh kehidupannya yang positif supaya murid memperohi model yang terbaik untuk dicontohi. Ini adalah kerana seorang guru merupakan orang yang di hormati oleh pelajarnya, oleh yang demikian perlulah guru menjaga profesionalisme guru supaya mereka tidak di benci,di pandang serong dan tidak di hormati lagi oleh anak muridnya. d) Akauntabiliti Guru Terhadap Program Pendidikan Setiap program yang direncanakan melalui program pendidikan adalah berasaskan kepada kecemarlangan keseluruhan pelajar (JERI). Oleh itu, guru perlu memastikan aktiviti program pendidikan dijalankan dengan berkesan supaya dapat mencapai matlamat-matlamat program pendidikan. Dengan ini pelajar akan menjadi berbudi pekerti, berpandangan progresif dan saintifik, berdisiplin serta bersedia menjunjung aspirasi negara dapat dibentuk. Tugas guru ialah mengajar, membimbing, memberi dorongan kepada pelajar supaya mereka dapat berfikir secara kritis dan kreatif. Oleh itu guru haruslah sentiasa memberi sokongan yang sepenuhnya bagi memastikan setiap program yang dijalankan oleh Kementerian Pendidikan berjalan lancar dengan jayanya. e) Akauntabiliti Guru Terhadap Negara Sistem pendidikan negara adalah satu institusi yang menjalankan dasar dalam membentuk generasi bagi menghasilkan tenaga pekerja mengikut keperluan-keperluan negara. Kurikulum yang digunakan seharus bersepadu supaya perkembangan individu akan menjadi seimbang melalui sistem persekolahan. Setiap guru telah diamanahkan bagi menjayakan dasar ini dan diberi imbuhan yang setimpal dengan kerjayanya. Oleh itu, mereka bertanggungjawab untuk menjawab atau memberi penerangan kepada atas segala kegagalan atau kelemahan kepada negaranya. Guru perlu memberi penjelasan kepada kerajaan jika kegagalan menyempurnakan sesuatu perkara. Ciri-Ciri Dan Kualiti Guru Yang Profesional Profesion perguruan adalah merupakan perkerjaan yang khusus dimana ia dilaksanakan oleh seseorang yang berpendidikan tinggi atau mempunyai kelulusan dam latihan ikhtisas yang cukup bermutu. Tugas guru bukan sahaja menyebar ilmu pengetahuan. Guru juga merupakan contoh teladan kepada murid-murid. Oleh itu,seorang guru yang profesional seharusnya mempunyai ciri-ciri dan kualiti peribadi, profesional dan sosial yang baik. Seorang guru yang bersifat baik akan melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya sebagai pendidik dan pengajar.Seseorang guru yang baik seharusnya mempunyai sifat dan kualiti peribadi seperti suka berjenaka, dedikasi, baik hati, tegas, toleransi dan sebagainya. Pelajar menghabiskan tempoh hampir enam jam di bilik darjah, masa yang begitu panjang di dalam bilik darjah akan membawa kebosanan kepada para pelajar. Jadi guru harus bijak berjenaka pada masa yang sesuai untuk mewujudkan suasana bilik darjah yang gembira agar menghilangkan kebosanan murid-murid di bilik darjah. Selain itu, suasana yang riang ini juga membawa kesan yang baik kepada pengajaran dan pembelajaran.Ia akan menjadikan pembelajaran lebih bermakna dan menarik. Guru merupakan pendidik atau pengasuh kanak-kanak agar mereka akan menjadi modal insan dan memberi sumbangan kepada negara. Kelahiran generasi baru yang berkaliber ini adalah untuk memajukan negara kita dalam setiap bidang dan menuju Wawasan 2020. Guru juga memainkan peranan yang penting dalam bidang pendidikan. Pendekatan individu merupakan komponen kemahiran dan teknik personal pada seseorang guru semasa proses interaksi berlaku antara guru dan pelajar. Kebolehan guru bagi mewujudkan persefahaman dan rasa saling percaya mempercayai dengan pelajar dengan mengambil kira beberapa aspek. Ciri-ciri personal guru yang digemari oleh pelajar akan membolehkan guru dengan lebih mudah diterima dan mendapat sokongan daripada pelajar-pelajar, seterusnya memudahkan tugas pengurusan dan pengajaran guru di sekolah dan di bilik darjah. Pada umumnya, pelajar menyanjung tinggi guru-guru yang memiliki ciri-ciri personal yang berhemah tinggi. Ciri-ciri personal guru yang berhemah tinggi ini juga sangat penting bagi membolehkan guru yang menjadi model yang berwibawa dan dihargai oleh pelajar-pelajar. Di antara ciri-ciri personal yang digemari oleh pelajar ialah mempunyai sifat sabar, tenang, dedikasi, periang, bertimbang rasa, adil, rajin.mesra, kreatif, inovatif, kesediaan mendengar kritikan dan teguran. Penampilan juga memainkan peranan dalam membentuk personaliti seseorang guru. Guru perlu menampilkan ciri-ciri seperti pemilihan pakaian, kebersihan tubuh badan dan kekemasan diri. Penampilan guru yang boleh mengganggu tumpuan pelajar adalah seperti imej guru yang tidak kemas, selekeh, tidak bersih, memakai perhiasan diri yang keterlaluan ataupun haruman yang melampau mencerminkan keperibadian guru tersebut. Cara duduk guru turut mendapat permerhatian pelajar di sekolah. Pelajar sentiasa memerhati kelakuan guru terutamanya ketika proses pengajaran dan pembelajaran.Sekiranya guru berada dalam posisi duduk, pastikan tidak terlalu menyandar ke kerusi. Duduk dalam keadaan tegak mahupun condong sedikit ke hadapan bagi menunjukkan yang guru berminat dengan pelajar. Bagi posisi berdiri pula, guru digalakkan berdiri secara berhadapan dengan pelajar. Posisi ini akan membolehkan guru melihat keseluruhan tingkah laku tanpa lisan yang ditunjukkan oleh guru itu. Guru juga perlu mempunyai tahap tenaga yang mencukupi apabila melayan pelajar. Tahap tenaga yang ditunjukkan akan memberi gambaran pada mood guru sama ada dalam keadaan cergas, bersemangat, letih, lesu ataupun tidak berminat dengannya. Biasanya tahap tenaga akan memberi kesan pada hubungan yang dibina bersama pelajar. Guru yang dalam keadaan bersemangat akan mengajar dengan bersemangat juga dan secara tidak langsung akan bersungguh-sungguh menyampaikan ilmu.Pelajar turut bersemangat untuk terus belajar setelah melihat kesungguhan guru semasa mengajar. Keberkesanan dalam usaha mengajar dan mendidik pelajar mungkin mempunyai pengertian yang berbeza di kalangan para guru. Ini adalah bergantung kepada kefahaman dan penekanan mereka mengenai konsep berkenaan. Ada guru yang mengutamakan penguasaan pelajar mengenai isi pengajaran dan pembelajaran manakala ada juga guru yang berpendapat pengajaran yang berkesan membawa maksud kemajuan dalam pertumbuhan dan perkembangan sosial pelajar yang dinilai dari sudut, sama ada pelajar tersebut telah mencapai sikap yang positif mengenai diri sendiri dan orang lain. Kemungkinan bagi kebanyakkan guru berpendapat bahawa pengajaran yang berkesan adalah satu imbangan yang sempurna di antara kemajuan pemikiran dan perasaan dan di antara penekanan kepada isi mata pelajaran dan pelajar. Personaliti guru merupakan di antara faktor-faktor guru yang memainkan peranan penting dalam pengajaran yang berkesan atau tidak di sekolah. Besar kemungkinan bahawa dua orang guru yang mempunyai kelulusan akademik yang sama, dan latihan perguruan yang serupa masih berbeza dari segi kebolehan mereka, menggalakkan motivasi pelajar dalam pembelajaran. Sebahagian daripada perbezaan itu adalah disebabkan oleh kesan atau pengaruh personaliti guru terhadap pelajar. Aspek tingkah laku guru tanpa lisan dan aspek fizikal turut memainkan peranan dalam mewujudkan proses pengajaran dan pembelajaran berlaku dengan baik. Keadaan serta lokasi bilik perlu dipastikan sesuai dan sekiranya komunikasi bersifat serius,ianya perlu mengambil kira beberapa keadaan seperti keadaan dan lokasi bilik yang selesa, suasana tidak terlalu sejuk ataupun panas dan kondusif. Bagi membina hubungan yang berkesan adalah digalakkan supaya duduk di atas kerusi secara berhadapan ataupun duduk dalam keadaan yang membolehkan guru dapat melihat keseluruhan posture (kedudukan tubuh) dan gesture(gerakan badan) pelajar. Guru juga perlu memastikan ruang komunikasi tidak terlalu dekat ataupun tidak terlalu jauh iaitu kira-kira sedepa tangan guru atau antara 1 meter hingga 1.5 meter dengan pelajar bagi mewujudkan kontek atau hubungan mata yang sesuai. Dari aspek tingkah laku tanpa lisan pula, guru perlu membentuk ekspresi wajah, kedudukan dan pergerakan badan yang sesuai ketika proses pengajaran. Guru perlu membentuk item-item tanpa lisan seperti ekspresi wajah, mimik muka, sinaran ataupun pandangan mata, kedutan dahi, bentuk senyuman dan kedudukan serta pergerakan tubuh badan seperti pergerakan tangan dan kaki serta suara separa bahasa. Guru yang baik juga perlu mengetahui aspek-aspek komunikasi dan tingkah laku tanpa lisan kerana mesej-mesej yang lahir daripadanya boleh memberi makna-makna tertentu kepada guru. Ekspresi wajah guru pula menunjukkan guru dalam keadaan gembira, marah, terperanjat, sedih dan sebagainya dengan kombinasi pergerakan mata, kening, pipi, hidung dan mulut. Bagi pelajar yang memahami pergerakan tubuh, guru yang kerap berpeluk tubuh menggambarkan marah, kurang bersedia, rasa tidak selamat dan defensive. Pergerakan yang berjalan ke hulu dan ke hilir menggambarkan seseorang itu dalam keadaan resah, gelisah dan bimbang. Manakala pergerakan yang mengangkat bahu mambawa maksud ragu-ragu dan tidak tahu. Suara guru turut memainkan peranan yang mana bunyi-bunyi suara seperti mengecis, menarik ataupun menghela nafas, tinggi atau rendah nada suara ataupun pic suara yang dikeluarkan dan juga kelajuan percakapan. Semua aspek ini mempengaruhi pelajar untuk menarik minat terhadap pengajaran yang disampaikan oleh guru. Menurut Mel Silberman(2004) kecenderungan seseorang pelajar lupa tentang apa yang didengarinya adalah berkaitan dengan kelajuan seseorang guru, ini menunjukkan pelajar hanya berupaya mendengar antara 50 hingga 100 patah perkataan sahaja dalam masa seminit atau pun separuh daripada apa yang diperkatakan oleh guru. Ini menunjukkan tahap pemahaman pelajar banyak bergantung kepada kelajuan percakapan guru ketika mengajar. Personaliti ini banyak dipengaruhi oleh pengaruh budaya dan amalan yang biasa dilakukan oleh individu dan masyarakat setempat. Guru perlu mempunyai kemahiran mendengar bagi membantu guru menafsir dan membuat penilaian yang baik pada maklumat yang disampaikan oleh pelajar. Ianya juga dapat membantu guru memberi maklum balas yang tepat kepada pelajar berkaitan maklumat yang diterimany bagi membuar rumusan ataupun cadangan. Setiap individu yang bergelar pendidik, perlu membina hubungan interpersonal bagi mewujudkan persefahaman dan rasa saling percaya mempercayai dengan pelajar iaitu mengambil kira beberapa aspek positif seperti prihatin, mengambil berat, mesra,ikhlas dan mempunyai sikap menerima. Kebolehan-kebolehan ini juga memerlukan beberapa kemahiran tertentu bagi memastikan hubungan yang diterima berada di tahap situasi yang diterima baik dalam hubungan sosial biasa. Kemahiran interpersonal ini memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan tugas sebagai seorang guru dan seseorang guru perlu menanamkan sifat ini di hari pertama bergelar pendidik. Kemahiran ini akan terus berkembang dari masa ke semasa mengikut pengalaman guru itu berkhidmat. Personaliti guru mudah dikenali oleh masyarakat umumnya. Personaliti guru ini tidak dididik secara formal sewaktu kita belajar di Maktab Perguruan atau di Universiti tetapi pada hakikat sebenarnya profession sebagai pendidik membentuk personaliti guru sebenarnya. Guru harus mengekalkan personality yang diterapkan sejak dari dulu lagi. Biarlah walaupun seseorang itu tidak memperkenalkan dirinya sebagai seorang guru, tetapi ianya tetap dikenali sebagai seorang guru berdasarkan penampilan dan perwatakan seorang guru. Kesemua sifat personal pengurus yang berkesan bagi seseorang guru ini amat penting dimiliki oleh guru-guru untuk melayakkan mereka menjadi pendidik yang berwibawa dan dapat mencorakkan prestasi kerjaya yang cemerlang. Sifat-sifat ini akan dapat mencorakkan kualiti personal yang berkesan untuk menangani pelbagai masalah, perubahan dan cabaran dalam dunia pendidikan dan dalam dunia profesion perguruan yang mengalami perkembangan yang terbuka dan dinamik. Personaliti guru sentiasa mendapat perhatian dari anak didik dan secara tidak langsung masyarakat membuat penilaian terhadap guru. Kepercayaan masyarakat terhadap profesion pendidikan banyak dinilai dari sikap dan tingkah laku seseorang guru, secara tidak langsung rasa hormat dan elemen persefahaman serta rasa mempercayai adalah mustahak bagi menjayakan hubungan berkesan di antara guru, pelajar dan ibubapa. Ini penting ini bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar dan baik dan secara tidak langsung membantu pelajar minat terhadap apa yang disampaikan oleh guru kepada palajar. Di samping itu guru memerlukan satu pengorbanan. Kepentingan individu sentiasa diketepikan berbanding dengan kepentingan pelajar. Sifat dedikasi guru amat diperlukan. Guru yang berdedikasi akan melaksanakan tugasnya dengan sempurna, malah akan menjalankan pelbagai tugas di luar waktu kerjanya. Kejadian ini akan berlaku semasa pelajarnya menghadapi masalah. Guru sanggup mengorbankan masanya untuk mendengar kesusahan murid itu dan membantunya dengan mengadakan kelas tambahan bagi pelajar yang lebih lemah dalam pelajaran. Guru yang berdedikasi akan meluangkan masanya untuk mengadakan aktiviti-aktiviti yang luar kelas untuk membantu pelajar dari segi fizikal, rohani dan emosi. Di samping itu, sikap baik hati dan timbang rasa seseorang guru amat dihargai oleh para pelajar. Guru yang bertimbang rasa akan memberi murid-murid belajar dalam suasana yang tenteram, yakin dan senang hati.Sebaliknya, guru juga berperanan sebagai seorang pendisiplin dalam bilik darjah. Di dalam kelas, guru mestilah menjamin peraturan-peraturan dapat dipatuhi oleh pelajar. Bagi mewujudkan disiplin pelajar yang baik, guru yang tegas tetapi adil amat diperlukan bagi melancarkan pengajaran dan pembelajaran guru dalam kelas. Semasa menjalankan tugas, guru akan menghadapi pelbagai jenis masalah disiplin, pelajar yang lemah dalam akademik dan sebagainya. Pada masa itu, sifat toleransi amat diperlukan. Sekiranya guru kurang bertoleransi akan bertindak terburu-buru dalam menyelesaikan masalahitu. Misalnya, semasa menghadapi masalah disiplin, guru mungkin akan menghukum pelajar berkenaan tanpa membuat penyiasatan dalam kes terseut. Tindakan ini akan menimbulkan perasaan tidak puas hati atau benci terhadap guru. Guru yang bertoleransi pula akan menghadapi setiap masalah dengan penuh sabar. Guru akan berusaha memahami setiap masalah yang ditimbul dan berfikir sebelum mengambil sesuatu tindakan. Sifat dan kualiti profesional yang tinggi merupakan salah satu syarat bagi seorang pendidik. Seorang guru yang profesional akan membentuk pelajar yang pintar serta pengajaran dan pembelajarannya adalah berkesan. Guru sebagai seorang profesional hendaklah peka terhadap kebolehan, keperluan-keperluandan minat seseorang pelajar. Contohnya, apabila timbul situasi yang bosan, guru harus peka terhadap situasi ini dan berusaha menghilangkan kebosanan dalam bilik darjah. Selain itu, dalam aktiviti seharian di kelas, terdapat pelajar yang bertindak aktif, ada yang pasif atau pemalu. Guru yang peka patut berusaha melibatkan pelajar yang malu dalam aktiviti supaya pelajar boleh berkomunikasiantara satu sama lain. Bagi setiap profesional, sifat dedikasi juga salah satu sifat yang penting. Guru yang berdedikasi tentu akan menjalankan tugasnya dengan sempurna dan memainkan peranannya sebagai seorang pendidik. Tambahan pula, guru yang berdedikasi akan mementingkan tugasnya daripada perkara-perkara peribadinya.Seseorang guru yang profesional sedar tentang keperluan-keperluan kebangsaan. Keperluannya seperti perpaduan negara, warganegara yang taat setia kepada raja, semangat patriotik, mematuhi undang-undang dan sebagainya. Guru yang kerap mengingati keperluan ini akan berusaha ke arah memenuhinya. Sebagai contoh, bagi memenuhi keperluan perpaduan negara, guru sentiasa memastikan aktiviti kurikulum atau kokurikulum adalah disertai oleh pelajar daripada pelbagai kaum. Selain itu, guru yang ingin menjadi pelajarnya warganegara yang taat setia kepada raja dan mencintai negara akan menerapkan nilai-nilai dalam pengajarannya. Seseorang profesional hendaklah sentiasa memperkenalkan sesuatu yang baru. Guru yang inovatif akan berusaha mencuba strategi pengajaran yang baru atau alat-alat bantu mengajar yang baru dan inovasi. Guru juga harus sentiasa untuk meningkatkan mutu pengajaran dengan menghadiri kursus-kursus, taklimat atau seminar yang berkaitan dengan pengajaran. Dalam zaman era globalisasi ini, guru yang inovatif memperkenalkan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran seharian. Selain daripada ciri-ciri dan kualiti peribadi dan profesional, sifat dan kualiti sosial juga sangat penting. Antaranya ialah bermoral, sifat kepimpinan,berbudi pekerti, merendah diri dan lain-lain lagi. Guru hendaklah memainkan peranan untuk menyebarkan nilai-nilai murni kepada pelajar. Oleh itu, guru yang bermoral tinggi mestilah menjadi contoh pelajar. Guru dapat mempraktikkan nilai-nilai murni dalam aktiviti-aktiviti seharian dengan mengadakan kerja kumpulandan nilai-nilai tolak ansur, bekerjasama, tolong-menolong, bertoleransi dansebagainya. Dengan ini, semua nilai-nilai murni dapat ditekankan dengan lebihberkesan berbanding dengan penerangan nilai-nilai tersebut. Dari segi sosial,sifat kepimpinan harus ditonjolkan oleh guru di dalam kelas. Guru merupakan pemimpin dalam kelas kerana guru bertanggungjawab untuk menganjurkan aktiviti-aktiviti seperti gotong-royong, kempen-kempen dan sebagainya. Sebagai seorang pemimpin, guru harus membuat rancangan secara teliti dan memastikan aktiviti dijalankan dengan lancar dan berjaya. Setiap kegiatan yang dijalankan mempunyai tujuannya, jadi guru mestilah menjelaskan tujuan dan cara pelaksanaannya.Sebagai seorang guru yang berjaya, guru diharapkan dapat menonjolkan sifat budi pekerti. Ini termasuklah kelakuan guru yang bersopan santun semasa bergaul dengan rakan-rakan sejawat atau pelajarnya. Sifat ini sangat pentingbagi seorang guru kerana sifat ini akan sentiasa dihormati dan disanjungi oleh orang ramai begitu juga dengan murid-muridnya. Selain itu, sifat merendahkan diri akan disenangi oleh orang ramai. Tiada orang suka bergaul dengan orang yang sombong, terutamanya guru. Guru tidak boleh mempunyai sifat sombong kerana guru merupakan teladan bagi pelajar. Oleh itu, sifat merendah diri perlu ada pada seseorang guru.Secara umumnya, guru yang mempunyai ciri-ciri dan kualiti peribadi,profesional dan sosial akan disanjungi dan dihormati oleh orang ramai dan pelajarnya. Guru adalah merupakan seorang pendidik dan bertanggungjawab bagi menyebarkan ilmu pengetahuan dan peliti untuk murid-murid. Hanya guru yang memiliki sifat ini dapat melaksanakantugas serta kewajipannya dengan sempurna. Seseorang guru dalam profesion keguruan ini perlu serba tahu. Guru diharapkan dapat mambawa isu-isu semasa untuk perbincangan dan mencari penyelesaiannya bersama-sama pelajar di dalam kelas. Contohnya, di Malaysia kadar kemalangan jalan raya adalah tinggi, pendidikan memandu kereta adalah satu perkara yang dipandang serius oleh kerajaan pada masa ini. Keselamatan di jalan raya dan cara-cara memandu yang selamat dan bertimbang rasa boleh dibincangkan di dalam kelas untuk menyedarkan pelajar tentang keperluan memperbaiki situasi yang terdapat sekarang, dengan harapan mereka tidak akan berkelakuan sedemikian apabila mereka menjadi pemandu kelak. Melalui pembacaan guru dapat menambah pengetahuan mengenai isu-isu semasa sama ada yang berkaitan dengan kekeluargaan , komuniti, isu semasa, ekonomi dan juga politik. Dalam hal seperti ini, guru diharapkan dapat menggunakan kebijaksanaan dan inisiatif sendiri dalam menggunakan isu-isu semasa untuk dikaji dan dibincangkan dengan pelajar. Dalam perubahan-perubahan system pendidikan yang semakin mencabar ini, profesion keguruan juga perlu menyediakan diri dengan amalan nilai dan akhlak yang terpuji. Dalam kurikulum pendidikan peringkat rendah dan menengah telah ditegaskan nilai-nilai murni perlu diterapkan dalam pengajaran. Pelaksanaan penerapan nilai penting untuk menyediakan para pelajar menjadi warga yang berguna kepada negara pada masa hadapan. Hal yang sama juga perlu dihayati oleh guru. Enam belas nilai murni yang disarankan dalam kurikulum pendidikan perlu dimiliki oleh guru terlebih dahulu. Sebagai seorang pendidik yang bertanggungjawab, guru hari ini perlu menyedari bahawa tugas dan amanah yang diberikan itu adalah untuk mendidik generasi yang akan menerajuai negara ini. Oleh itu kemahiran dan pengetahuan mengenai method-method pendidikan harus diperkemaskan dari semasa ke semasa . Untuk mendepani cabaran dan tuntutan daripada perubahan-perubahan kurikulum berkenaan, guru hendaklah sentiasa berminat untuk berusaha melengkapkan diri dengan strategi-strategi pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah Sehubungan dengan kehendak tersebut guru harus mengikuti kursus-kursus pendidikan yang dianjurkan oleh pihak Kementerian Pendidikan , Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah. Contohnya para guru boleh mengikuti Kursus Dalam Perkhidmatan ataupun Kursus Peningkatan Profesionalisme Keguruan.Kursus-kursus pendidikan yang dihadiri penting bagi seseorang guru untuk mempertingkatkan keupayaan dan prestasi dalam profesion pendidikan yang kian mencabar dan kompleks ini. Memandangkan keperluan pendidikan untuk menyokong usaha-usaha kerajaan, maka profesion keguruan diharapakan dapat membuat anjakan paradigma kepada budaya yang berasaskan ilmu dan pemikiran( Rohani Abdul Hamid,1998) Individu yang terlibat dalam profesion keguruan sebenarnya akan terlibat sebagai pentadbir, pengurus, perancang, pelaksana, penilai, penyelia, pengawal dan sebagainya.Sebagai pentadbir ataupun pengurus, guru harus boleh membuat sesuatu keputusan dalam melaksanakan sesuatu tindakan dan menilai semula hasil sesuatu perkara yang dijalankan.Perubahan-perubahan dalam kurikulum pendidikan juga memerlukan guru untuk menguasai kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif. Pendekatan ini bukan sahaja perlu digunakan oleh guru dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah,tetapi jika perlu keadah berfikir secara kritis dan kreatif boleh diaplikasikan dalam pentadbiran,mengurus ataupun dalam perancangan sesuatu program. Untuk itu sebagai melengkapkan ciri-ciri kualiti guru yang profesional, guru adalah merupakan individu yang berupaya membuat keputusan dan menyelesaikan masalah serta mampu berfikir secara kritis dan kreatif dalam pelbagai perkara. Penutup Dengan memahami dan menghayati makna sebenar guru satu profesion yang terangkum di dalamnya konsep etika perguruan dan akauntabiliti , guru dapat memahami tanggungjawabnya yang sebenar. Penghayatan etika perguruan haruslah di hayati sepenuhnya kerana akan dapat meningkatkan tahap profesionalisme keguruan. Ini kerana penghayatan tersebut membolehkan semua guru dapat menjalankan tanggungjawab dan tugas-tugasnya dengan penuh komited dan dedikasi. Akauntabiliti atau tanggungjawab seorang guru merangkumi akuntabilitinya terhadap sekolah, diri sendiri , murid-murid dan profesion keguruan akan dapat ditingkatkan sekiranya seseorang guru itu benar-benar menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang pendidik dengan berkesan. Selain itu guru juga dapat melaksanakan tugas itu dengan bersungguh-sungguh dan penuh dedikasi sekiranya guru tahu tanggungjawabnya terhadap kerjayanya. Kesedaran kepada akauntabiliti akan menjadikan seseorang guru itu lebih bertanggungjawab terhadap tanggungjawab yang di laksanakannya. Peningkatan dalam bidang tersebut melambangkan tingginya kualiti seseorang guru yang juga akan meningkatkan taraf profesionalisme keguruan. Selain itu guru juga dapat melaksanakan tugas itu dengan bersungguh-sungguh dan penuh dedikasi sekiranya guru tahu tanggungjawabnya terhadap kerjayanya. Kesedaran kepada etika perguruan akan menjadikan seseorang guru itu lebih bertanggungjawab terhadap tanggungjawab yang di laksanakannya. Oleh yang demikian, etika perguruan perlulah dihayati oleh semua guru. Sekiranya seseorang guru itu mengabaikan etika perguruan , maka tanggungjawabnya tidak dapat di jalankan dengan baik dan akan gagal melahirkan modal insan seperti yang di cita-citakan negara. Ini akan menjatuhkan martabat profesion perguruan oleh kerana perbuatan yang tidak bertanggungjawab terhadap amanah yang di berikan.